Pages

Thursday, June 9, 2011

Warisan Budaya Malaysia - Permainan Tradisional di Malaysia

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM DI MALAYSIA

PENGENALAN
Masyarakat berbilang bangsa di malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang diambil daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini digabungkan digabungkan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap kaum mempunyai adat kebudayaan masing-masing. Kebudayan ini terus diperkukuh dan dipererat dengan acara keramaian bagi budaya masing-masing. Diantaranya termasuklah permainan tradisional yang dipertandingkan.
Permainan tradisional merupakan sebahagian daripada kehidupan nenek moyang kita dahulu. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa dahulu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Ada di antara permainan tradisional pada masa dahulu yidak lagi dimainkan tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan oleh kanak-kanak sehingga ke hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain.

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
v CONGKAK

Congkak merupakan permainan tradisional bagi kaum melayu. Permainan ini talah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Permainan congkak dipercayai berasal daripada Afrika atau Arab. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua tiang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.
Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil “kampung”. Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil “rumah”. Papan congkak lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya.
Cara bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak. Mereka akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuhb di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan akn memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.


PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA
v KABADDI
Kabaddi ialah sebuah permainan yang dibentuk dalam permainan tradisional india. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India. Dalam satu permainan, dua pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m. Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan lawan, yang mana bertujuan untuk menyentuh salah saorang pemain pihak lawansebelum patah balik kepada pasukannya. Pemain yang telah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian badan mancecah tanah luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan lawan. Setiap pemain yang terkeluar, pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor dua mata bonus, yang dipanggil lona, maka semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir permainan pasukan yang mengumppul mata tertinggi akan menang.

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CHINA
v MAHJONG
Mahjong atau mahjung merupakan permainan tradisional untuk empaat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergatung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjad satu isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian juga sebagai permainan komputer. Objektif permainan adalah membina set lengkap atau gabungan, biasanya bertiga, dari 13 atau 16 keping. Orang pertama mendapatkannya adalah dikira sebagai pemenang. Kepingan kemenangan melengkapkan set pemain sama ada 14 atau 17 keping.
Satu teori menyatakan bahawa pegawai tentera China yang berkhidmat semasa Pemberontakan Taiping telah mencipta permainan ini untuk mengisi masa. Teori lain menyatakan bahawa seorang bangsawan yang tinggal di kawasan Shanghai telah mencipta permainan tersebut antara tahun 1870 dan 1875. Manakala yang lain pula percaya bahawa di sekitar tahun 1850 di bandar Ningpo, dua orang bersaudara telah mencipta mahjong berdasarkan permainan Madiao. Permainan tradisional Cina ini diharamkan di negara asalnya pada tahun 1949, apabila Republik Rakyat China ditubuhkan. Kerajaan baru komunis melarang aktiviti perjudian, yang dianggap simbol kerosakan golongan kapitalis. Selepas Revolusi Kebudayaan, permainan ini dihidupkan semula, dan sekali lagi mahjong menjadi kegiatan masa lapang yang digemari orang Cina. Bagaimana pun, di Hong Kong, Macao dan tempat-tempat lain, mahjong sentiasa popular, terutamanya di kalangan penutur Kantonis.

No comments:

Post a Comment