Pages

Thursday, June 9, 2011

Warisan Budaya Malaysia - Makanan kaum-kaum di Malaysia

Kepelbagaian Makanan Setiap Kaum
Malaysia merupakan salah satu Negara yang mempunyai berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia ialah melayu, cina dan india. Sebagai Negara kosmopolitan, Malaysia juga mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum melayu, cina dan india Berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada ‘hidangan malaysia’. Kaum melayu, cina dan india di Malaysia sentiasa kreatif berganding bahu mereka masakan baru dengan mengabungkan pinjam meminjam tradisi budaya masing-masing. Dengan ini lahirlah nasi ayam, mee mamak, nasi lemak dan sebagainya. Namun begitu, setiap kaum masih mempunyai budaya makanan meraka tersendiri.
Kumpulan etnik yang terbesar di Malaysia ialah kaum melayu. Masyarakat melayu mempunyai budaya makanan yang tersendiri. Bagi orang melayu pelbagai lauk pauk yang di hidangkan tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang melayu amnya. Nasi biasanya dihidangkan dengan pelbagai lauk pauk dan ulam-ulaman. Bahan masakan orang melayu biasanya berkisar kepada cili, santan dan belacan. Hidangan orang melayu bukan sahaja terkenal dari keenakkannya tetapi juga dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.
Nasi lemak merupakan sajian utama dan menjadi kegemaran bagi orang melayu. Nasi lemak dahulunya hanya menjadi hidangan untuk sarapan pagi bagi orang melayu tetapi pada masa kini ianya turut dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Menu ini patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia kerana ianya bukan sahaja menjadi kegemaran orang melayu malah turut di pelopori oleh kaum cina dan india. Nasi lemak akan dihidangkan bersama telur, ikan bilis dan kacang tanah yang digoreng. Orang melayu lazimnya gemar menakmati juadah ini di warung ataupun gerai-gerai pada waktu sarapan pagi.
Selain itu, orang melayu juga terkenal dengan nasi tomato berserta lauk pauknya yang dihidangkan pada musim perayaan seperti pada hari lebaran, kenduri-kendara dan sebagainya. Nasi tomato akan di hidangkan bersama dalca, pecal, ayam masak merah dan lain-lain. Dalam budaya masyarakat melayu juga terdapat perbezaan juadah di antara negeri misalnya, negeri di pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan terkenal dengan nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak, ayam percik dan lain-lain. Negeri perak pula berbangga dengan rendang tok dan gulai ikan sembilang tempoyak. Bagi orang negeri Sembilan pula, juadah yang menjadi kebanggaan mereka ialah gulai lemak cili padi.
Di samping itu, ketupat juga menjadi satu budaya dan menjadi tradisi dalam masyarakat melayu. Ketupat merupakan beras yang di masak di dalam daun kelapa. Juadah ini biasanya dihidangkan pada musim perayaan iaitu pada hari raya aidilfitri. Ketupat sering dihidangkan bersama kuah lodeh, rendang, sambal sate dan juga pelbagai juadah lain. Kebiasaanya juadah ini akn dinikmati pada pagi syawal. Juadah ini telah menjadi tradisi bagi masyarakat melayu untuk menyambut perayaan tersebut. Jika tiada hidangan ini maka tidak lengkaplah lebaran yang diraikan.
Orang melayu juga amat terkenal dengan pelbagi jenis manisan yang terdiri daripada kuih muih. Kebanyakkan kuih muih orang melayu adalah berasaskan beras pulut, beras dan juga ubi. Antara contoh kuih muih yang popular ialah kuih seri muka di mana ianya diperbuat daripada pulut dan kastard pandan, pulut panggang iaitu pulut berisi serunding kelapa, bengkang ubi, cucur badak, kuih lapis dan sebagainya. Kuih muih ini sering di hidangkan ketika majlis keduri kendara di adakan sebagai sajian pencuci mulut. Manisan yang menjadi tradisi bagi orang melayu pula ialah wajek, dodol, kuih koci, bahulu dan onde-onde. Kuih tradisi ini masih diminati terutama pada bulan ramadhan dan lebaran. Selain itu, ianya turut di hidangkan ketika mengadakan majlis-majlis seperti majlis perkahwinan dan juga kenduri-kendara.
Satu lagi makanan yang menjadi kebanggaan orang melayu di pulau pinang ialah nasi kandar. Nasi kandar merupakan sajian yang paling popular di negeri tersebut. Namum begitu, populariti nasi kandar kini telah menular ke negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia. Nasi kandar merupakan sajian yang paling popular di negeri tersebut. Namun begitu, populariti nasi kandar kini telah menular ke negeri- negeri lain di semenanjung. Nasi kandar lazimnya dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk pauk contohnya, ayam goreng berempah, kari kepala ikan, udang galah goreng dan sebagainya.nasi kandar mendapat nama adalah berlandaskan cara penjaja menjual nasi tersebut. Nasi kandar telah dijual dengan di kandar di bahu dengan menggunakan dua bakul yang di letakkan pada sebatang kayu dan akan di jaja ke serata kampung.
Sehubungan dengan itu, dalam masyarakat budaya cina juga terdapat budaya makanan mereka yang tersendiri. Bila bercerita tentang makanan, orang cina lazimnya sering dikaitkan dengan kuih bulan. Kuih bulan merupakan makanan tradisi bagi masyarakat mereka. Kuih bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan pada waktu perayaan pertengahan musim luruh.kuih bulan di hasilkan daripada adunan yang manis dan mempunyai inti yang diperbuat daripada biji buah teratai atau kacang merah atau dengan telur kuning masin di tengah-tengahnya. Kuih bulan juga turut di hidangkan semasa musim perayaan mereka iaitu pada tahun baru cina. Kuih bulan ini sangat popular dalam budaya masyarakat cina dan menjadi tradisi dalam hidup mereka. Selain itu, kaum cina juga mempunyai makanan yang bernama Ding Bian iaitu merupakan sejenis makanan orang Foochow. Masyarakat cina menjadikan makanan ini sebagai gentian kepada bubur nasi dan ia di kenali sebagai ‘bubur kulat’. Makanan ini biasanya dimakan semasa sarapan pagi atau lewat malam. Kaum meraka percaya bahawa bubur ini mempunyai khasiat yang tersendiri iaitu dapat membuang panas di dalam badan dan ia juga berkhasiat khususnya untuk orang yang lemah tenaga.
Seperti kaum cina, kaum india juga mempunyai budaya makanan yang tersendiri. Kaum india lebih dominan kepada roti canai atau pratha. Makanan ini bukan sahaja di gemari oleh kaum india malah turut di gemari oleh kaum lain khususnya kaum melayu. Makanan ini biasanya menjadi hidangan sarapan pada waktu pagi. Buat masa kini, roti canai telah Berjaya meletakkan tarafnya standing dengan nasi lemak yang di minati oleeh sebilangan besar rakyat Malaysia.
Masyarakat india juga mempunyai kuih muih yang tersendiri. Antara kuih muih mereka ialah wade, maruku dan suji. Maruku merupakan kuih tradisi bagi masyarakat india. Maruku ini lazimnya di hidangkan pada hari perayaan mereka iaitu pada perayaan deepavali. Maruku adalah sejenis makanan yanr diperbuat daripada tepung yang dicampurkan dengan rempah dan kari. Namun begitu, kuih tradisi ini turut digemari oleh kaum lain terutamanya melayu.
Kesimpulannya, masyarakat Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai jenis makanan yang menjadi tradisi dan kebanggaan dalam kaum mereka. Daripada hasil toleransi dan kerjasama masyarakat yang pelbagai telah menghasilkan negara yang aman dan mempunyai budaya serta adat yang pelbagai dan boleh diaplikasikan bersama. Sehubungan dengan itu, kita haruslah berbangga menjadi rakyat Malaysia dan menanamkan rasa cinta terhadap tanah air kita.

No comments:

Post a Comment