Pages

Wednesday, May 18, 2011

SEJARAH SK BUNUT RENDANG

Sejarah Sekolah Kebangsaan Bunut Rendang

SK Bunut Rendang telah dibuka sepenuhnya pada 01 Jun 2009. Sekolah ini menawarkan persekolahan aliran Sekolah Kebangsaan dan Program Integrasi Pendidikan Khas Sekolah Rendah. Perintis kepada pembukaan sekolah diketuai oleh Pn Hjh.Endon Bt Hj Sumin selaku Guru Besar, En Johari bin Mohd Salim selaku Guru Penolong Kanan I, Pn.Hjh Habibah bt Saan selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan En Hamidun bin Harun selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Pada awal penubuhan sekolah ini seramai 28 orang guru  dan seorang Pembantu Tadbir telah memulakan tugas di sekolah.

Seramai 490 orang murid dari SK Mat Kilau adalah merupakan murid rintis sekolah ini. Pada ketika itu 15 buah kelas telah dibuka untuk menampung murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 5.Pertambahan murid terus berlaku sehingga pihak sekolah telah di arah untuk membuka kelas pada bulan Mac 2010 untuk menjadikan 24 buah kelas hinggalah pada akhir tahun 2010, jumlah murid di sekolah ini ialah seramai 867 orang. Seramai 55 orang guru dan tujuh orang staff sokongan merupakan penggerak kecemerlangan sekolah ini.

Kelas Pra Sekolah di SK Bunut Rendang telad mula mula beroperasi pada 2 Januari 2010. Seramai 50 orang murid telah dipilih untuk 2 kelas yang terdapat di sekolah ini. Pemilihan murid adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Infrastruktur Kelas Pra Sekolah di SK Bunut Rendang adalah merupakan model yang pertama di daerah Kuantan di mana bangunannya mempunyai dewan makan dan dataran perhimpunan yang selesa. Kelas Pra Sekolah ini diuruskan oleh 2 orang guru dan 2 orang pembenatu pengurusan murid.
             
Pada tarikh yang sama iaitu pada 2 Januari 2010 Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran di SK Bunut Rendang pula telah  dibuka.Pada awal penubuhannya hanya ada 5 orang murid. Namun bilangan murid terus bertambah dan pada akhir tahun 2010 jumlah murid yang mengikuti program ini ialah seramai 19 orang dengan  bimbingan 4 orang guru dan seorang pembantu pengurusan murid. 

Sekolah memulakan operasinya dengan keadaan serba kekurangan kerana tiada peruntukkan ‘launching grant’. Namun demikian tugas-tugas mempersiapkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran sentiasa berterusan pada setiap bulan. Tiada pembekalan peralatan PPSMI mahupun komputer untuk makmal ICT. Sehingga tahun 2010 pihak sekolah masih terus melaksanakan berbagai-bagai agenda meningkatkan mutu pendidikan sekolah dan merealisasikan visi dan misi sekolah secara berterusan.

Pada tahun 2010, seramai 111 orang murid Tahun 6 adalah merupakan murid rintis UPSR sekolah ini. Keputusan Yang mereka perolehi agak membanggakan smua pihak di mana seramai 12 orang Berjaya memperolehi 5A dan peratus keseluruhan ialah 72.97%.


Sekolah ini telah dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang baik seperti bilik-bilik khas yang lengkap, klinik, perpustakaan, bilik j-Qaf dan sebuah dewan utama yang tiada di sekolah rendah yang lain.

Sesuai dengan visi sekolah ini iaitu SK Bunut Rendang Cemerlang Menjelang 2015, guru-guru dan seluruh warga sekolah ini sentiasa bekerja keras untuk memastikan sekolah ini mampu bersaing dengan sekolah-sekolah lain di daerah Kuantan yang telah lama / ‘establish’.  Justeru itu SK Bunut Rendang mula mencipta nama apabila beberapa orang murid dari sekolah ini telah memenangi acara-acara yang dipertandingkan di peringkat zon dan daerah.

Beberapa kejayaan telah dicapai oleh pihak sekolah dalam bidang kokurikulum sepanjang tahun 2010 seperti johan bola sepak , johan bola baling, naib johan bola jarring, johan tae Kwando.

2 comments: