Pages

Thursday, May 19, 2011

Ciri-ciri Guru Cemerlang

Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:
*Peribadi
 Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.

*Pengetahuan dan kemahiran
Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

*Hasil kerja
Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

*Komunikasi
Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi secara ‘inter’ dan intra-personal’, serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi.

*Potensi
Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.

*Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara
Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi

KELAS YANG KONDUSIF UNTUK P&P

Sudut Mini Library


Sudut Informasi



KECERIAAN PSS DI SK BUNUT RENDANG


Galeri Pahang Negeri Ku

7 TABIAT ORANG BERJAYA

7 tabiaat orang Berjaya – Steven Covey

1.Pro-aktif

Maksudnya mengambil tanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan bukannya menuding jadi kepada orang lain atau persekitaran yang menimbulkan halangan dan masalah.

2.Mula dengan wawasan di dalam minda

Bina wawasan berdasarkan prinsip "utara-benar". Cipta satu pernyataan misi hidup anda dan bayangkan kesudahan misi anda itu. Minda anda perlu membayangkan kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri anda melakukan langkah-langkah yang sesuai ke arahnya.

3.Utamakan yang utama

Dalam usaha mencapai sasaran jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang bersifat segera tetapi tidak penting untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan tugas dan rancangan dengan sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua perkara.

4. Fikirkan Menang-Menang

Apabila menghadapi kebuntuan terutamanya apabila bertembungan kepentingan dengan orang lain, fikirkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada setiap pihak. Dengan itu, keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai.

c6. Sepadukan usaha

Amalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini menjadi tabiat, pencapaian anda akan menjadi berganda kerana faktor kekuatan kumpulan mengatasi kekuatan individu.

7. Tajamkan pedang

Dari masa ke semasa, amalkan peningkatan diri supaya kadar produktiviti dapat ditingkatkan selaras dengan perubahan masa.

Wednesday, May 18, 2011

PANDUAN AM GURU SK BUNUT RENDANG

PANDUAN GURU UNTUK MENJANA KECEMERLANGAN SK BUNUT RENDANG.


  1. Arahan Am

        1.2.  Setiap kita mempunyai tanggungjawab untuk meletakkan Sekolah Kebangsaan  
               Bunut Rendang  di tahap cemerlang dan disegani. Oleh itu setiap guru  
               haruslah menjalankan tugas kurikulum, kokurikulum, dan memantapkan sahsiah  
               murid dengan penuh iltizam, ikhlas dan kesedaran.
         1.3. Setiap guru harus memahami misi dan visi sekolah sebagai institusi
                masyarakat.
        1.4.  Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tetakluk kepada segala arahan yang  
             terdapat dalam Perintah Am Kerajaan.Oleh itu semua guru dikehendaki  
             membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.
        1.5. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami
               dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan  
              Perkhidmatan lain.
        1.6. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya  
             sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian  
             semata-mata.
        1.7  Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati  
               prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.
        1.8.  Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara.
        1.9.  Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri  
             dalam menjalankan tugas.
1.10. Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan  murid ketika berada  
         di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
1.11. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
         menjalankan tugas.

  1. SIKAP GURU

        2.1. Guru harus mempunyai ’high expectation’ terhadap setiap murid. Kita harus    
               menganggap bahawa murid kita itu mempunyai potensi untuk berjaya dalam  
               banyak bidang. Terpulang kepada guru untuk mecungkil potensi mereka.
        2.2. Kita harus menyedari hakikat betapa pentingnya kurikulum tersirat ’hidden  
               curriculum’,
        2.3. Kita adalah ’role model’ untuk menjadi inspirasi dan ikutan anak didik kita.  Apa
               yang kita lakukan memberi impak/kesan kepada murid.
        2.4. Nilai-nilai murni keagamaan, moral harus ditanam dengan serius dan istiqamah.
        2.5. Semua murid berhak untuk dikenali, dilihat dan menjadi sebahagian daripada
            proses pendidikan.  Tidak ada murid yang dinafikan untuk menerima
            pendidikan.




3. KEMAHIRAN GURU

3.1. Kita perlu menjadikan diri kita pakar bukan sahaja dalam subjek atau ’content’
       malah pakar untuk menjadikan pelajar kita ’learners for life (mengajar dan 
       mendidik).
3.2. Kita harus sentiasa mengamalkan TQM dengan sentiasa mencari jalan bagaimana
       untuk kita menyampaikan pengajaran dan pembelajaran secara objektif dan
       berkesan.  Sekiranya seorang pelajar itu tidak belajar, kita perlu bertanya kenapa. 
       Barangkali kita penyebabnya.  Oleh itu kita perlu membetul, perbaiki, menyusun
       dan mempelbagaikan kaedah mengajar.

4. PROFESIONALISME GURU

4.1. Iklim

            4.1.1.’High expectations dan low stress’ – Best leraning (Study Hard, Study
                     Smart)
            4.1.2. Suasana yang supportif/mendorong – pujian untuk kejayaan.

4.2. Pengurusan

            4.2.1. Memahami matlamat sekolah
            4.2.2. Mengetahui sistem disiplin dan mengajar secara berhemah dan
                     berhikmah.
            4.2.3. Menepati masa.
4.2.4. Menyelesaikan tugas menepati waktu.  Semua tugas yang diserahkan
          hendaklah diambil tindakan segera.  Dokumen / tugasan yang telah 
          diambil tindakan hendaklah diserahkan kepada pejabat untuk tindakan
          seterusnya. Sekiranya salinan diperlukan hendaklah difotokopi dan
          difailkan.

4.3. Menyertai / menjalani kesemua program sekolah dan menjalankan semua aktiviti
       kokurikulum dengan bermatlamat kejayaan cemerlang.

4.4. Penampilan

a.  Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan
     masyarakat timur.
b.  Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru
     perempuan.
c.  Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai.
  1. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.
  2. Guru Perempuan – seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit.

f.  Guru Lelaki – seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja
    T, kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.

4.5. Perhubungan Sesama Guru.

    1. Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.
    2. Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman/pendapat/kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain. 
    3. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

4.6. Kerahsiaan

       Segala maklumat yang dibincang oleh / dengan pihak pengurusan sekolah
       adalah ditakrifkan sebagai bahan rahsia. Perbincangan secara terbuka tidak
       dibenarkan ditempat-tempat umum kepada/ dengan yang tidak berkenaan.

4.7. Etika Guru

            4.7.1. Guru tidak dibenarkan sama sekali berniaga dalam waktu persekolahan
                     Tindakan akan diambil sekiranya mengingkari arahan ini.
            4.7.2. Guru tidak dibenarkan merokok di kawasan sekolah.
            4.7.3. Guru dibenarkan makan dan mium di kantin sahaja pada waktu rehat dan
                      waktu tidak mengajar.

5. TUGAS GURU BERTUGAS

      5.1.1. Masa – guru bertugas mestilah berada di kawasan sekolah untuk menyelia
                perjalanan sekolah 15 minit lebih awal dan mengelolakan perhimpunann
                pagi dan Pergerakan Murid.
      5.1.2.Tugas – pada waktu rehat suasana di kantin dan peraturan-peraturan
               kantin hendaklah dipastikan diikuti.
                  i.   murid beratur
                  ii.  membaca doa makan
                  iii. memasukkan pinggan, mangkuk, sudu, garfu ke dalam bekas yang
                     disediakan.
                  iv. pembuangan sampah oleh murid dikawal / sentiasa bersih dan ceria.
                  v. Rondaan kelas (murid-murid tidak dibenarkan duduk dalam kelas)


      5.1.3. Bangunan – Pastikan bangunan, peralatan dan persekitaran sekolah
               dalam keadaan selamat dan tidak mendatangkan bahaya.  Lapor segera
               sekiranya ada bahagian bangunan, peralatan dan lain-lain yang boleh
               mendatangkan bahaya kepada pihak pengurusan. Pastikan bangunan dan    
               persekitaran bersih dan ceria (rondaan).

6. GURU KELAS

6.1.1. Guru kelas adalah orang yang paling tepat mendisiplinkan murid dalam
           kelasnya.
6.1.2. Kenali semua murid anda.
6.1.3. Ketahui latar belakang, kemamppuan dan masalah mereka.
6.1.4. Cuba rapati dan terangkan dengan baik visi dan aspirasi sekolah agar mereka
          dapat memahami dan menjadi supportif.
6.1.5.Laporkan masalah murid anda kepada mereka yang berkenaan- GBSM, HEM,
         Guru Besar.
6.1.6. Galakkan mereka membina ’self respect’ dan ’respect for others’.
6.1.7. Galakkan mereka bersiap sedia menghadapi P&P, membuat kerja rumah,
          tabiat kerja yang baik dan kemas.
6.18. Galakkan mereka aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti harian sekolah.
6.1.9. Galakkan mereka berbincang mengenai masalah P&P dengan kawan-kawan
          dan guru.
6.1.10. Pastikan penampilan diri menepati peraturan sekolah.
6.1.11. Siasat ketidakhadiran dan ambil tindakan sewajarnya.
6.1.12. Pastikan murid-murid menceria dan membersihkan kelas dan persekitaran  
            kelas setiap ketika.
6.1.13. Suarakan ’expectation’ anda kepada murid anda berkaitan kemajuan,  
            pencapaian pelajaran,  tingkah laku dan nilia murni.
6.1.14. Anda harus tegas, rasional, berhikmah, berwibawa dan berketerampilan
            pada setiap masa.

7. GURU SUBJEK

7.1.1. Galakkan sikap positif terhadap murid-murid anda
7.1.2. Sentiasa bersiap sedia menghadapi kelas dengan matlamat  yang jelas.
7.1.3. Menepati masa, riang, tegas dan adil.
7.1.4. Murahkan pujian.
7.1.5. Class Control.
7.1.6. Selesaikan sendiri masalah disiplin yang mengaitkan P&P subjek anda.
7.1.7. Kerja rumah diberi secara memadai bilangannya, konsisten dan perlu di
          semak.

8. Kedatangan

a.    Waktu 7.30 pagi hingga 2.00 petang setiap hari Isnin dan Rabu, 7.15 pagi hingga 2.00 petang setiap hari Selasa dan Khamis, 7.30-12.05 setiap hari Jumaat..     
b.    Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.
c.    Guru hendaklah berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar dan menandatangani Buku Kedatangan semasa sampai dan sewaktu balik sekolah Mereka yang lewat dikehendaki memberi kenyataan bertulis kepada Guru Besar.
d.    Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah /rakan sejawat secepat mungkin supaya jadual waktu ganti dapat disediakan .
e.    Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan.
f.     Kehadiran 2 hari Sabtu dalam sebulan.  Guru diwajibkan hadir untuk menjalankan tugas-tugas seperti Kelas Tambahan, Aktiviti Kokurikulum, Pertandingan, Kursus, Mesyuarat, Taklimat, Gerak Kerja Sosial yang diarahkan. Alasan/Surat sokongan hendaklah diberikan sekiranya tidak dapat hadir kepad Guru Besar.

8. Keluar Waktu Mengajar.

a.    Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan/Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar/Penolong Kanan.
b.    Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan dituliskan dalam Buku Rekod keluar. Dapatkan tandatangan Guru Besar/Penolong Kanan sebelum keluar.
c.     Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk    pelajar melalui Guru Penolong Kanan/Penyelia Petang.

9. Perhimpunan.

a. Perhimpunan Mingguan dianggap tonggak budaya sekolah ianya diadakan setiap  
     minggu iaitu pada hari Isnin.
b. Perhimpunan sekolah dikendalikan oleh Guru Pengawas, Guru bertugas dan   
    Pengawas.
c. Ianya wajib dihadiri oleh semua murid dan guru. Sila lapor kepada Guru Besar       
    sekiranya tidak dapat bersama dalam perhimpunan tersebut.
d. Guru bertugas memastikan semua perisapan untuk perhimpunan disediakan lebih   
    awal, PA System, Pembaca Doa, Susuncara.
e. Semua guru diwajbkan hadir
f.  Merekodkan secara rasmi amanat Guru Bertugas, GPK, Guru Besar.




10. Cuti

     10.1. Cuti Penggal

Mengikut surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046. SJ/A/(30) bertarikh 24 Disember, 1993, guru bekelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.

10.2. Cuti Tidak Menjejaskan Pencen/Ganjaran


JENIS CUTI
JUMLAH CUTI
RUJUKAN
KELULUSAN
Cuti Rehat Khas
7 hari
Bil. 3 Tahun 2005
Guru Besar
Sakit
Swasta – 15 hari
Kerajaan – 90 hari +/90
Kusta/Barah – 24 bulan
Perintah Am Bab (C) Para 31 (a)
Guru Besar/JPN/JPA
Haji
Jangkamasa diperlukan tidak melebehi 40 hari
Perintah Am bab (C) 34/35
JPN
Mengambil Peperiksaan
Tempoh Peperiksaan
(Hari Peperiksaan)
Perintah Am Bab (C)
Guru Besar
Bersalin
60 hari
Pekeliling Perkhidmatan
B il. 2/1998 – 26.4.1998. Perintah Am Bab (C) 25/26

Tanpa Rekod PJJ
30 hari
KP(BB)06/01/4 Jld (48) 5.6.98
JPN
Aktiviti NUTP/Ko-operasi
14 hari + (2 hari perjalanan
Peringah Am Bab © 42 (a)
JPN
Isteri Bersalin
7 hari
Bil 9 Tahun 2002
Guru Besar
Kematian Ahli Keluarga
3 hari
Bil. 10 Tahun 2002
Guru Besar


11. Bilik Guru

a. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua  
    guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.
b. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini
    hendaklah dianggap sebagai ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’.
    Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa terebut di bilik guru untuk
    perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.
c. Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.
d. Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab
    memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenterama mana-
    mana pihak.

12. Perjawatan dan Pengajaran.

a.    Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan,
       mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar.
a.    Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan guru Ketua Panitia, Guru Kanan, Penolong Kanan atau Guru Besar.

13. Tugas.

a. Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran
    dan tugas khas. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan
    dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
b.    Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan misalnya,
     menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan atau ke sekolah lain,  
     guru hendaklah mengmbil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh
     mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran Guru Besar.

14. Buku Rekod Mengajar

14.1. Setiap guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan bertanggungjawab
         terhadap keselamatan buku tersebut.  Semua butiran hendaklah
         disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap.  Buku ini hendaklah  
         diserahkan ke pejabat pada hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangani
         oleh Guru Besar/Penolong Kanan/Guru Kanan.
14.2.     Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan/Penyelia Petang.
.14.3.  Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir   
           tahun persekoahan.
Penalti sebanyak  RM500.00 mengajar tanpa buku persediaan mengajar /tidak menulis/hilang.

15. Jadual Waktu

15.1. Guru Darjah hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk    
         dipamerkan dalam kelas sendiri.
15.2.     Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.
Penalti sebanyak RM5000.00 ATAU TIGA BULAN PENJARA ATAU KEDUA- DUANYA SEKALI MENGAJAR TANPA JADUAL WAKTU ATAU MENGUBAH JADUAL WAKTU TANPA KEBENARAN.

16. Jadual Kedatangan Pelajar.

          16.1. Setiap guru Darjah akan diberi sebuah buku kedatangan pelajar. Guru    
            bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan
           hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya    
           yang tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.
  16.2.Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan
          ditanda pada setiap hari oleh guru darjah pada waktu pertama. Sekiranya  
          guru darjah tidak hadir, Penyelaras Kelas bertanggungjawab menandanya.
16.3.  Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat.
16.4.  Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli     
          dalam satu minggu, ibu bapa/penjaga hendaklah dihubungi secara
          bertulis.
16.5.  Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru  
                    yang bertanggungjawab.
16.6. Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Jadual Kedatangan murid.

17. Keselamatan Harta Benda Sekolah / Kebersihan

17.1.  Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga
          keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda    
         sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke     
         pengetahuan pihak sekolah.
17.2.     Ketua Panitia hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel.
17.3. Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran 
         bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan membersihkan
         kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat.
17.4.     Guru Kanan/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.
17.5.     Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar.

18.     Surat menyurat.

18.1. Semua surat hendaklah dikirimkan melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada
         pihak berkenaan.

19.     Surat Yang Diterima.

19.1. Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil
         tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera  terhadap surat-
         surat tersebut.
19.2.Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada    
        Guru Besar, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan.
  Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkannya untuk     
   tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah:
19.3Mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada   
dalam simpanannya.
19.3.1  Mengambil tindakan yang diperlukan.
19.3.2  Memulangkan semula fail itu ke pejabat.
20     Pergi ke Jabatan Pendidikan/Pejabat Pendidikan Daerah.

20.1. Guru-guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat 
          Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi.

21     Pelawat.

21.1. Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar/Penyelia Petang
         terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil atau
         penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya.

22     Membeli Barang.

22.1.   Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan
           menggunakan borang yang diperolehi di pejabat.
22.2.     Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia/Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar.
22.3.     Semua pesanan yang lebih RM50.00 mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.
22.4.     Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas.

23.     Mesyuarat Guru/Kursus

23.1.  Dari masa ke semasa Guru Besar akan memanggil mesyuarat
           guru, kedatangan semua guru ke mesyuarat itu adalah diwajibkan.
23.2.     Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan/Ketua Panitia.
23.3.     Semua mesyuarat yang berkaitan yang diadakan di peringkat sekolah/PPD/JPN/Kementerian adalah wajib dihadiri.  Sekiranya ada sesuatu halangan/masalah pengganti perlu dicari. Sila maklumkan secara rasmi kepad  Guru besar
23.4.     Semua keputusan mesyuarat di luar kawasan sekolah hendaklah dilaporkan kepada GPK/GB dalam laporan Minit Curai.
23.5.     Semua dapatan kursus wajib disebarluaskan kepada rakan sejawatan.

24.     Buku Stok/Inventori.

25.1. Guru Kanan atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku
         stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori
         adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari  
         masa ke masa oleh Guru Besar/Penolong Kanan.

25.     Tanda Nama.

26.1. Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari bekerja.
    Keahlian Kelab Guru/PIBG.

27.1.   Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.
27.2.     Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

27.     Penggunaan Alat-alat.

27.1.     Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.
27.2.     Mesti mendapatkan kebenaran daripada Ketua-ketua Bahgaian atau penjaga stok.
27.3.     Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik.
27.4.     Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta-merta.

28.     Telefon/Fax.

Penggunaan telefon / fax hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah menggunakan telefon awam atas urusan peribadi.

29.     Kunci.

a. Semua kunci mesti disimpan dipejabat.
b. Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, dia mestilah  
         mendapat kebenaran Guru Besar. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik  
         tersebut sepenuhya.

30.     Acara atau Majlis Sekolah.

  Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.

31.     Pungutan Yuran

Serah terus wang kepada yang berkenaan. Jangan simpan. Isi resit untuk murid dengan segera dan serah kepada pejabat.  Rekodkan dalam Buku Kedatangan Murid mengikut ruang yang diteapkan dengan betul.

32.     Disiplin dan Pergerakan Murid

  1. Galakkan murid-murid supaya memikirkan akibat dari melakukan sesuatu yang melanggar peraturan. Ini akan menghindarkan mereka daripada dikenakan tindakan disiplin.
  2. Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan, keselesaan dan keselamatan bilik darjah pada setiap masa. Guru yang mengajar waktu akhir setiap sesi mesti mempastikan murid-murid membersihkan kelas10 minit sebelum balik.

  1. Guru tidak dibenarkan menghukum, mendera, menggunakan kata-kata kasar dan kesat kepada murid. Segala masalah berkaitan hukuman hendaklah dirujuk kepada GPK HEM/GB.
  2. Keselamatan murid sentiasa diberi keutamaan semasa berada dalam kawasan sekolah.  Guru hendaklah sentiasa berada bersama murid.
  3. Guru-guru sentiasa memberi ingatan dan teguran kepada murid supaya menjaga keselamatan diri semasa di sekolah atau di luar sekolah.
  4. Murid yang dikenalpasti mengidap penyakit semput, lelah, gila babi, jantung, tidak sempurna anggota hendaklah dikecualikan daripada menyertai PJK/sukan.
  5. Guru tidak boleh membenarkan murid balik awal tanpa kebenaran Guru Besar.
  6. Sekiranya murid perlu keluar kerana arahan guru, pastikan murid memakai pas keluar.

33.     Kenyataan Media

a.    Guru dan staf tidak dibenarkan sama sekali membuat sebarang kenyataan kepada media mengenai apa juga perkara. Sila rujuk kepada GB.


Penutup:

Risalah panduan Guru/Staf ini merupakan dokumen rasmi yang perlu dibaca, diteliti, diikuti dan dilaksanakan oleh semua warga SK Bunut Rendang, 25150 Kuantan.